Sampin Songket Premium | Koleksi Khas Raya 2026
Koleksi Istimewa Aidilfitri

Sempurnakan Gaya Raya –
Eksklusiviti Songket Pagi Syawal

Naikkan seri dan karisma anda di pagi Aidilfitri. Ditenun rapi menggunakan benang emas berkualiti tinggi, padanan paling sempurna untuk Baju Melayu anda.

LIHAT KOLEKSI RAYA
Tenunan Halus Selesa Dipakai Seharian

Kilauan Motif Tradisional Klasik & Moden Untuk Raya

Songket 1 Songket 2 Songket 3 Songket 4 Songket 5

Kenapa Mesti Pakai Songket Tenun Pagi Raya Ini?

Tampil berbeza dari yang lain. Setiap helaian ditenun dengan ketelitian, memberi keselesaan optimum untuk anda beraya sakan seharian.

Tenun Tangan

Selesa Beraya, Kemas Terletak

Berbeza dengan songket mesin kilang yang nipis dan keras, songket tenun tangan Terengganu dihasilkan dengan teknik ‘ikatan’ tradisional. Hasilnya? Kain lebih lembut, bernafas, kemas dan ‘jatuh’ terletak elok walaupun anda duduk bersila lama semasa ziarah raya.

Benang Emas

Serlahkan Penampilan Gambar Raya

Kami menggunakan benang emas berkualiti tinggi (Gred A). Kilauannya sangat menyerlah terutamanya apabila bergambar keluarga di pagi raya di bawah cahaya mentari. Yang paling penting, benang ini tahan lasak dan boleh dipakai untuk raya tahun-tahun berikutnya.

Motif Klasik

Motif Eksklusif Tak Lapuk Dek Zaman

Setiap corak adalah inspirasi dari alam semulajadi dan motif istana lama seperti Bunga Tabur, Pucuk Rebung, dan Lawi Ayam. Rekaan kami sangat eksklusif, pasti anda tidak akan bertembung corak yang sama dengan sanak saudara yang lain.

Awas! Jangan Tersalah Beli Songket Mesin

Ketahui perbezaan ketara antara songket tenunan tangan asli Terengganu berbanding songket keluaran mesin kilang lambakan pasaran.

Songket Mesin

Keluaran Kilang (Biasa)

  • Kain nipis dan keras kejung. Sangat susah untuk dibentuk dan diikat cantik di pinggang.
  • Tekstur benang emas nampak rata (flat), kurang kilauan dan tidak timbul.
  • Corak ‘pasaran’ yang dicetak secara pukal. Mudah bertembung dengan pemakai lain di majlis.
  • Benang mudah tercabut dan kain cepat berbulu jika kerap dipakai atau dicuci.

Tenun Tangan Asli

Warisan Premium Terengganu

  • Kain lebih lembut, mudah dibentuk dan ‘jatuh’ terletak kemas mengikut saiz badan.
  • Tenunan benang emas timbul (embossed), menaikkan seri dan kilauan mahal bila terkena cahaya.
  • Corak ‘Rare’ & Terhad. Memberi kepuasan eksklusif dan status VIP kepada si pemakai.
  • Kualiti warisan yang tahan lasak. Boleh disimpan berpuluh tahun dan diwarisi ke generasi seterusnya.

Apa Kata Pembeli Kami? ⭐⭐⭐⭐⭐

Bukan kami yang kata, ini luahan pelanggan yang berpuas hati menggayakan songket ini.

AZ

Amirul Z.

Persiapan Raya

“Alhamdulillah, songket sampai on-time untuk raya. Terkejut tengok kilauan dia bila kena flash kamera pagi tu. Ramai sedara mara puji sampin nampak mahal gila. Senang nak ikat pulak tu tak keras kejung.”

HA

Hafiz A.

Raya Sakan

“Saya memang sentiasa pakai songket tenun bila beraya. Beli dengan butik ni kualiti setanding butik mahal KL tapi harga jauh lebih berpatutan. Jahitan biku kat hujung sangat kemas, selesa berziarah sampai ke malam.”

FS

Keluarga Hj. Farid

Sedondon Famili

“Beli untuk abah dan adik beradik lelaki sedondon raya haritu. Masing-masing nampak segak di pagi Syawal. Material dia sejuk dan tak merimaskan. Memang puas hati sangat dengan detailing bunga tabur tu.”

Spesifikasi Sampin

Ditenun mengikut saiz standard lelaki dewasa Malaysia. Siap dijahit dan sedia untuk dipakai bertandang raya.

Butiran Ukuran / Keterangan
Panjang 2.25 Meter (Standard Dewasa)
Lebar (Bidang) 36 Inci (Selesa untuk ikatan bunga)
Status Jahitan Siap Dijahit (Boleh terus sarung di pagi raya)
Material Base Cotton Poly Premium & Benang Emas Gred A

Jaminan Kualiti: Jika sampin diterima mempunyai kecacatan tenunan yang ketara, kami sedia menukarkannya dengan helai yang baharu sebelum raya tiba (Tertakluk pada T&C).

Promosi Khas Aidilfitri Terhad

Sedia bergaya di pagi raya dengan pakej penjimatan ini. Harga asal pasaran RM800+.

STANDARD

Pakej Raya Klasik

Sesuai untuk pemakaian ringkas pagi raya.

RM 499
  • 1x Sampin Songket Tenun Tangan Asli (2.25m)
  • Siap dijahit (Ready to wear)
  • Kotak Pembungkusan Premium
  • Set Butang Baju Melayu Eksklusif
  • Kerongsang Songkok
PILIH PAKEJ STANDARD
PALING LAKU

Pakej Lengkap Raya

Set lengkap aksesori raya dari songkok ke pinggang.

RM 599 RM 850
  • 1x Sampin Songket Tenun Tangan Asli (2.25m)
  • Siap dijahit (Ready to wear)
  • Kotak Eksklusif (Juga sesuai untuk dijadikan hadiah)
  • PERCUMA: 1 Set Butang Baju Melayu (Bernilai RM69)
  • PERCUMA: 1x Kerongsang Songkok (Bernilai RM45)
TEMPAH SET LENGKAP RAYA

Pilih Corak & Buat Tempahan Raya

Tekan butang WhatsApp di bawah untuk melihat katalog corak yang *Available* dan sedia untuk di pos hari ini.

WHATSAPP UNTUK KATALOG CORAK

*Penghantaran PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk tempahan hari ini sebelum cuti Aidilfitri.

Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)

Sempat ke sampai sebelum hari raya kalau order sekarang?

Kami nasihatkan tuan-tuan untuk menempah secepat mungkin. Kami memproses kurier dalam masa 24 jam selepas order dibuat untuk pastikan parcel sempat mendarat di rumah tuan sebelum pagi raya.

Adakah ini betul-betul tenun tangan? Bimbang terbeli mesin.

Ya tuan, 100% dijamin tenunan tangan penenun mahir di Terengganu. Tuan boleh lihat perbezaannya dari segi kekemasan dan tekstur benang yang tidak terdapat pada songket buatan mesin kilang (India/Pakistan).

Berapa meter panjang sampin ini? Boleh muat saiz besar?

Panjang standard sampin kami adalah 2.25 meter dengan lebar (bidang) 36 inci. Ia muat dengan sangat selesa untuk lelaki pinggang saiz 28 hingga 42 inci. Untuk saiz pinggang melebihi 42 inci, sila hubungi kami untuk tempahan khas jika stok membenarkan.

Boleh basuh mesin ke kalau terkena kuah raya?

TIDAK DIGALAKKAN. Untuk menjaga kualiti benang emas, songket tenun tangan sangat disyorkan untuk dicuci menggunakan kaedah Dry Clean sahaja. Jika kotor sedikit, cukup sekadar sapu dengan kain lembap dengan segera dan diangin-anginkan.

Jom Buat Persiapan Raya Awal!

Proses menenun sehelai sampin mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 bulan. Oleh itu, stok dan corak kami amat-amat terhad, terutamanya di musim nak raya ini.

Bertindak cepat sebelum corak idaman anda kehabisan stok dan tak sempat kurier hantar sebelum cuti raya!

PILIH CORAK RAYA SEKARANG (WHATSAPP)