Kaftan Batik Premium –
Sejuk, Longgar & Sangat Selesa
Khas untuk wanita yang inginkan keselesaan berpanjangan. Sangat selesa dipakai di rumah, bersantai, atau ke majlis.
TEMPAH SEKARANG
Keselesaan Sebenar Yang Anda Cari
Kami sangat mengutamakan keselesaan anda. Setiap helaian kaftan ini direka khusus untuk memberi rasa nyaman optimum sepanjang hari.
Badan Cepat Panas & Berpeluh?
Kain Viscose Cotton kami sangat sejuk dan menyerap peluh. Sesuai sangat untuk cuaca panas kita.
Segan Baju Melekat Di Badan?
Potongan besar dan kain yang jatuh (‘flowy’). Menyembunyikan bentuk badan dengan sangat sopan dan kemas.
Corak Asli & Tak Luntur Warna
Kualiti warna tahan lama. Boleh masuk mesin basuh banyak kali tanpa risau warna jadi pudar atau kain berbulu.
Jom Tonton Video Di Bawah 🎥
Tatal (swipe) ke tepi untuk lihat lagi
Coretan Gembira Pelanggan Kami ⭐⭐⭐⭐⭐
Bukan kami yang kata, ini luahan hati mereka yang dah nikmati keselesaan sebenar.
Puan Aishah
Verified Buyer“Terbaik! Beli ni untuk pakai harian kat rumah. Kain sejuk sangat, suami pun puji nampak kemas & eksklusif. Potongan dia cantik, tak risau nampak gempal. Memang berbaloi!”
Intan Maisarah
Verified Buyer“Suami paling suka sebab warna dia naik seri & nampak klasik. Saya pulak suka sbb lps basuh kain tak berbulu. Boleh bawak balik kampung raya nanti pakai sedondon dgn sedara.”
Puan Norliah
Verified Buyer“Sangat praktikal. Badan akak besar sikit (saiz XXL), susah cari baju yang tak nampak gempal. Tapi kaftan Warisan Batik ni memang ajaib, jatuh cantik je kat badan. Akak dah order lagi 3 helai.”
Rohana K.
Verified Buyer“Senang nak urus. Masuk mesin basuh je, warna tak luntur. Lepas tu nak iron pun senang tak berkedut teruk. Packing pun sangat kemas masa sampai.”
Corak Eksklusif Menawan
Terdapat pelbagai warna dan motif yang pasti memikat hati.
Panduan Saiz Kaftan
Kaftan kami direka khas dengan potongan ‘Free Size’ (Longgar) yang muat cantik untuk puan bersaiz S sehinggalah XXL.
| Bahagian Ukuran | Dalam Inci (“) |
|---|---|
| Saiz | Freesize (XS – 2XL) |
| Dada (Bust) | Hingga 60″ (Sangat longgar & selesa) |
| Labuh (Length) | 53″ (Selesa melangkah) |
Nota: Sangat muat dan cantik dipakai oleh puan yang mempunyai berat 45kg sehinggalah 95kg+. Sifat kain yang ‘flowy’ membuatkan puan sentiasa nampak kurus dan berseri.
Pilih Pakej Penjimatan Puan
Harga istimewa ini sah untuk pembelian hari ini sahaja.
Pakej Lengan Pendek
Ambil 4 Helai (Paling Jimat)
(Boleh campur design & warna)
Pakej Lengan Panjang
Ambil 3 Helai (Paling Jimat)
(Boleh campur design & warna)
Cara Tempahan Sangat Mudah!
Puan tak pandai tekan beli di website? Tekan butang hijau di bawah. Staf kami sedia membantu ambil order puan di WhatsApp.
KLIK SINI UNTUK WHATSAPPAda Soalan Lain?
Adakah kain kaftan ini panas?
Tidak sama sekali puan. Material Viscose Cotton yang kami gunakan ini sifatnya memang ‘menyerap peluh’ dan sejuk. Sangat sesuai untuk cuaca panas kita.
Saya berbadan besar (XXL), muat tak?
Ya, sangat muat! Potongan kaftan kami jenis ‘Free Size’ yang besar. Kainnya pula jenis jatuh (‘flowy’), jadi tak akan nampak bentuk badan.
Warna baju luntur tak bila dibasuh?
Warna batik kami sangat berkualiti. Ia tidak mudah luntur atau kusam walaupun dibasuh berkali-kali guna mesin basuh.
Kain ni jenis kecut tak lepas basuh?
Puan jangan risau, kain Viscose Cotton gred premium kami ini telah dirawat. Ia tidak akan mengecut teruk atau menjadi singkat selepas dibasuh.
Berapa lama pesanan nak sampai?
Kami akan pos pesanan puan dalam masa 24 jam bekerja. Biasanya mengambil masa hanya 2-3 hari untuk sampai ke rumah puan di Semenanjung Malaysia.
Tak pandai tekan order di website?
Sangat mudah puan. Puan hanya perlu tekan butang WhatsApp berwarna hijau yang terapung di skrin. Staf kami akan bantu ambil order puan di WhatsApp.
Stok Corak Terhad!
Makluman, design kain batik asli ini sangat cepat habis dan mungkin tidak akan diulang cetak lagi selepas ini.
Beli sekarang sebelum corak kegemaran anda habis ditempah orang lain!

